Selasa, 29 Januari 2013

Bila MUSTAHIL jadi TAK MUSTAHIL

" Aku nak sangat benda tu, tapi boleh ke aku dapat?",

 " Kau jangan berangan la weyh, dia tu enggang, kau tu pipit je."

" Belajar pun tak tinggi mana, ko tak payah mimpi la"

Iye. Itu antara kata2 yang selalu kita dengar bila kita or orang lain rasa kita tak layak and tak mampu nak dapat benda2 tu. Aku antara salah seorang darinya. Dengan apa yang jadi dalam hidup aku sekarang ni, sampai sekarang aku still tak percaya. Sangat! Rasa macam tak percaya je yang aku dah jadi student yang tengah ambik degree sekarang ni. >.<. HAHAHAHA.

Tengok pada tajuk tu, seriously sampai sekarang aku kagum dengan apa yang Allah dah aturkan untuk aku. Still wujud lagi rasa tak percaya bila aku dah mampu berdikari sendiri, duduk jauh dari mak ayah and yang penting, dah nak hampir dengan apa yang aku idam2 kan selama ni. Banyak sangat benda yang dulu aku rasa TAK MAMPU NAK CAPAI dah TERCAPAI sekarang. Antara benda yang aku rasa kagum dengan apa yang Allah dah aturkan dalam hidup aku :

1. Masuk U

Iye. Ini memang idaman semua budak sekolah kat Malaysia ni. Sapa tak nak masuk u weyh. Nak jejak menara gading tu. Aku ingat lagi, result SPM aku tak sekuat mana tapi sederhana kuat tu ye. Lepas SPM geng aku ada 2 orang yang dapat u. Waktu result upu keluar, sedih sangat. Allah je yang taw tapi aku fikir positif. Aku buat rayuan kali kedua nak masuk u. Sebab aku aim, lepas spm aku HARUS masuk u or matriks. Sebabnya juga aku nak pastikan aku dapat ijazah paling lewat umur aku 25 tahun. Jadi, bila result rayuan keluar, aku check pakai sms. Time lepas semayang aku ingat lagi, bila result rayuan cakap aku TAK DITERIMA, aku terus sujud dekat sejadah sambil nangis. Korang boleh bayangkan tak perasaan aku time tu. Agak lama la aku nak terima hakikat. Then, aku decide, nak ambik form 6. Time form 6 ni la macam2 dugaan. Time tu la aku dapat tawaran dari Kolej Matrikulasi dekat Penang n dari SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Tapi aku terpaksa tolak. Sebab dah separuh jalan dekat form 6. Yang penting, otak aku memang tak boleh terima la subjek sains ni. Tak tahu kenapa. Sedih kot. Sebab aku pernah bercita2 untuk join bidang FARMASI ni tapi aku sedar diri. ='). Akhirnya, dengan usaha yang gigih dan pengalaman masa lampau, result STPM aku bolehlaa. Bolehlaa lepas kot aku nak masuk u. And tuhan mungkin nampak usaha aku, akhirnya aku dapat masuk sini dalam bidang ekonomi. =)

*Aku sebenarnya nak UM*
=D

2. Biasiswa

Ok. Yang ini aku tak de niat nak menunjuk ke apa. Seriously tak terlintas pun. Cuma nak korang nampak kuasa tuhan. Memandangkan result STPM aku agak ok, jadi, aku pun apply la biasiswa. Apply saja2 je sebenarnya sebab aku bukan dapat straight A pon. Sebut pasal biasiswa ni, mak aku ada suruh aku apply BIASISWA ANAK PERAK tapi malangnya, time tu aku galak sangat dengan FB sampai terlupa and tarikh permohonan pon dah tutup. Time tu aku mampu telan air liur jela. Mak aku macam biasa. BISING. Huhuhu. Jadi sebagai pengubatnya, aku pon apply BIASISWA JPA. Time ni, aku saja je apply and seriously memang TAK HARAP NAK DAPAT pun. Sebab bagi aku, biasiswa ni khas untuk orang yang genius gila. Aku cakap sebab kebanyakan kawan aku yang dapat JPA semuanya student medic. Aku ni apa la sangat kan. So, bila hari keputusan biasiswa ni, aku dah masuk U dah. Time tu, aku dengan roomate n lagi sorang kawan kitaorang. Masing2 apply. Diorang pon takut nak check. Aku pon takut jugak. Tapi, tak takut sangat sebab aku tak menaruh harapan pun dekat biasiswa ni. Jadi, aku la orang 1st yang check result. Bila aku tekan "enter" and nampak perkataan "TAHNIAH" , aku terus menjerit kuat2 sampai satu bangunan boleh dengar. Mungkin muka aku macam ni jugak kot.HAHAHAHA.

*Yeaaaahhhh*
Seriously, memang tak percaya langsung. Aku terus call mak n ayah. Allah je tahu perasaan aku time tu. Yela, bila benda yang kita expect kita memang tak akan dapat, tiba2 tuhan bagi. Allah, tak tahu laa aku nak describe rasa tu macam mana.

Jadi, kesimpulannya, dalam hidup ni tak de apa yang MUSTAHIL. Semuanya boleh jadi TAK MUSTAHIL kalau kita usaha. Yang penting SABAR. Allah nak tengok sejauh mana kita SABAR n terima ujian dia. Kalau kita berjaya dengan ujian kesabaran, Allah akan gantikan dengan benda yang paling best ok!
Macam aku, selalu je kena reject, tapi aku percaya, satu hari nanti Allah akan bagi suami yang aku pun tak sangka aku akan dapat. Who knows? Sebab HIDUP KITA, ALLAH YANG URUSKAN. =)

*Tengok2 Allah bagi aku suami yang hensem macam ni*
*Hari2 pengsan ok bila tengok mata dia*
HAHAHAHAHA







Isnin, 28 Januari 2013

S.I.N.G.L.E

"Eh..dia baik la. Takkan kau tak suka kat dia kot?".."Ambik jela dia, dia ok apa?"

Ini antara benda or cakap2 yang selalu dengar bila kita masih single and available lagi. Macam aku, umur dah 22 tahun dah. Tapi iye saya masih bujang trang tang tang. Yang lain tu memang la bujang, tapi diorang dah tak trang tang tang. HAHAHAHAHA. Ok. Dulu ada la jugak aku dengar kalau nak cari pasangan hidup kena start umur 20. Yela kot sebab kebanyakan yang kahwin sekarang ni bila aku tanya bila start diorang mula serius, semua cakap umur 20. Macam aku ni, aku dah terlajak 2 tahun ni. Macam bahaya je. =.="

Aku ok je. Mak aku pulak risau sebab aku tak de siapa-siapa lagi. Tipula kalau aku cakap aku tak nak kan. Lagi-lagi bila tengok persekitaran, memang rasa "ohh sweetnya dia", "bila aku nak macam tu ye", "bila aku nak dapat putera idaman ni?". Seriously. Memang rasa macam tu.

*sweetnya*
=P
Itu kalau aku ikutkan hati. Tapi, kalau aku pakai otak, aku terpaksa padamkan niat dihati. Memandangkan aku ni anak sulung so, aku macam tak de harapan nak kawen awal. Eyh, bukan. Hahahaha. Susahlaa kalau bercinta ni. Bagi aku la. Sebab aku takut aku tak boleh fokus. Ada orang mungkin boleh, tapi macam aku tak. Aku lagi senang berkawan dengan semua orang. Mungkin sampai masanya nanti, baru aku betul2 serius.
Aku takut jugak kalau aku membuat hubungan yang macam ni, boleh effect hidup kita. Sebab aku pernah terbaca couple ni tak baik taw. =D

Bagi aku,untuk umur2 macam ni, aku tak nak cari bf tapi nak cari suami. Kembang pulak tekak taip suami ni. Hahahaha. Tipu la kan kalau aku cakap aku tak de minat orang. Ada ok. Memang ada. Tapi, aku kan perempuan. Takkan aku yang nak mulakan kot?.. Dah setahun pendam. Nampak tak betapa setianya aku ni.  Memang aku nampak macam suka melayan, tapi kat hati ni, DIA sorang je. Tapi, seboleh-bolehnya, kalau dia suka dekat aku pun. Aku tak nak couple. Takutla hilang dia. Takut sangat. =P. tapi aku akan cakap macam ni.. " Awak jaga hati awak, saya janji saya JAGA hati saya. InsyaAllah, nanti ada la rezeki kita."
Kalau la kan, kalau dia suka tapi memang nampak macam tak de harapan. Tak kisahlaa..yang penting, aku memang menjaga hati ni. 

Jadi, yang single or kena tinggai bf tu, tak yah la dok kalut nak cari. Seriously, korang akan rasa tenang n happy je. Sampai masanya nanti, dengan izin Allah, korang akan jumpa "anggota tulang" korang yang akan lengkapkan hidup korang tu. Maksud aku, bukan menunggu. Tak tahu nak describekan macam mana. Cuma, yang korang kena ingat : JODOH, PERTEMUAN, MATI semuanya kat tangan tuhan. Tak silap aku, aku pernah dengar,orang cakap jodoh kita ni memang dah tertulis sejak kita dalam perut ibu lagi, jadi SABARLAH WAHAI HATI. =)

 *Yang ni, memang sejak azali perasaan aku  tak pernah berubah*
=D




Sabtu, 26 Januari 2013

Gila Novel

Kalau dah namanya perempuan, mesti pernah terbaca at least satu novel. AT LEAST ok?. Macam tipulah kalau tak pernah baca. Macam aku, aku memang gila novel. SANGAT!. Rasanya dah lebih 30 buah buku novel yang aku dah baca. First novel yang aku baca tajuk dia "Tombiruo Terakhir" by Ramlee Awang Murshid.



*Banyak suspen dalam ni*
=.="

Lepas baca novel ni, banyak la novel yang aku pinjam dari kawan-kawan. Time tu sekolah lagi. Mak mana bagi beli novel. Katanya tak da faedah. Jadi antara novel yang aku baca banyak dari alaf 21. Dari Aisya Sofea, Anis Ayuni. Tu jela yang aku ingat.



*antara novel yang dah penah baca*
*SERIOUSLY BEST!*
Lepas tu, bila aku dapat taw yang ada syarikat lain terbitkan novel and jalan cerita dia pon tak heavy sangat. So, aku pon beralih arah ke novel terbitan Kaki Novel. Antara yang aku pernah baca

*First Novel Dari KN*
* Tertarik sebab cover dia comel sangat*


*Ini kawan yang hadiahkan*

Lepas tu, lepas dah besar-besar ni. Aku lagi suka cari novel yang buat aku sedar pasal dunia ni. Pasal kehidupan seharian kita. Yang lain dari yang lain. So, tanya-tanya kawan, survey dekat internet, tertarik la dekat novel terbitan JS. Memang novel dia lain dari yang lain. Try la baca satu.



*Novel yang aku tengah baca sekarang*
Jadi, untuk korang yang terbaca blog ni, semua novel best. Tapi, kalau dah terlalu banyak baca novel macam aku, korang dah boleh predict ending dia macam mana. So, macam tak seronok la kan? Bukan nak promote ke apa, tapi kalau korang nak cari kelainan bolehlaa baca novel dari JS. Nak order online bolehla order kat SINI. Siap ada diskaun lagi ok?






Jumaat, 25 Januari 2013

Demam Korea

Iye. Demam korea. Mula-mula dulu demam drama indon. Sekarang Kpop la pulak. Aku bukannya peminat tegar korea pon. Seriously, tak minat langsung. Walaupun kawan-kawan aku majoritinya layan Kpop, memang taklaa aku nak layan. So, bila diorang cerita pasal Kpop, aku hanya mampu duduk diam je.

*Apala yang korang sembang ni.Curious*
Haa..macam tu la aku bila mereka sembang pasal Kpop semua. Tapi, buat masa ni, aku dah boleh layan la. Boleh terima. Sejak masuk U, sejak kenal dengan roomate aku, aku dah mula kenal satu program ni.

*variety show yang buat aku gelak macam orang gila*
Running Man. First2 tu, aku pelik kenapa laa roomate aku ni gelak besar macam cerita tu lawak sangat. Hati ni curious sangat nak taw. Tanya-tanya dia, last-last, aku sangkut jugak. Dah macam ketagih nak tengok program ni. Sampaikan, boleh kata tiap kali lepas exam, aktiviti wajib adalah menonton Running Man sampai pukul 4 pagi. =.=". So, dari sini la aku mula taw lagu korea. Kan dia ada selit-selit lagu. Mana yang best, terus download cepat-cepat.

Aku sebenarnya tak taw sangat lagu korea ni. Kalau tahu pun, takat layan yang famous macam SUJU, BIGBANG,SNSD tapi, sekarang dah bertambah sikit la. Sikit-sikit sebab hati ni tak boleh nak terima sepenuhnya. HAHAHA. Jadi tahu pun pasal budak lelaki kat bawah ni.

Iye. Aku tiba-tiba minat INFINITE sebab ter"google" dekat youtube pasal dia. Yela. Sebab rasanya, dia ni macam ahli baru ( VIP) je. So, nak jugak la tahu kan? Terjatuh suka dekat INFINITE sebab tengok dia menari lagu ni.Jadi, sekarang ni, boleh cakap dah tahu lagu INFINITE la sikit-sikit. Be mine, BTD n lain-lain la. Tapi, hati still dekat lagu melayu lagi.

Aku takdela obses or ketagih sangat dengan Kpop. Setakat layan-layan macam tu, bolehlaa. Wahai artis-artis Malaysia, jangan risau. Saya masih meminati anda semua. =D



Khamis, 24 Januari 2013

Hati Manusia Milik Allah

Iye. Itulah hakikatnya. Lately ni, selalu je aku nampak dekat sana sini. Orang dok share status " Hati manusia milik Allah. Jadi, kalau nak hati tu, MINTAK la dekat Allah."


So, tak payahlaa nak frust menonggeng fatin oii. Hati kita ni semua milik Allah. Tak mustahil kalau kita doa hari-hari, Allah akan bagi. Dia kan MAHA pemurah. Kalau dah orang pemurah pon kita rasa dia baik + sweet sangat. Inikan pulak yang "MAHA" tu. Tak mustahilkan?

Jadi, BERDOALAH.

*Kredit to SINI*


p/s : agak-agak kalau aku mintak doa nak hati Anuar Zain boleh? Kihkihkihkih~

*menaip sambil dengar lagu ajari aku*
=D

KENAPA aku buat BLOG?!

Ok. Melihat kepada tajuk tu, kenapa aku tiba-tiba nak buat blog?

SEBABNYA...

Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan lambakan blog yang tumbuh bak cendawan lepas hujan plus ditambah lagi dengan sifat remaja yang memang suka terpengaruh. Waahhh~...terpengaruh gitu. Padahal boleh je control diri sendiri kan?

Cendawan ni kalau goreng, sedap ni. *tiba2*




Fatin Liyana, Hanis Zalikha ke siapa lagi yang aku tak sebut. Haa..itu antara blogger yang aku selalu sangat terjah blog diorang. Don't know why. Bagi aku mereka adalah super duper ohsem. Cantik tak payah cakaplaahh. Aku memang sangat mengagumi mereka. Ce tengok kat bawah ni.

"shhhh"

*sori kak fatin n kak hanis sebab curik gambar ni*

Tu diaaa. Bak kata oghang penang. Cun kan? Aku yang perempuan pon boleh ter"melting" tengok diorang, apatah lagi kaum adam. Confirm. Hati korang dah jatuh banyak kali kan? Hahahahaha~

Back to the topic, sebab lain kenapa aku tiba-tiba je nak buat blog, sebab aku suka tulis. Tak suka buat diari. Karang ada yang terjumpa, sapa yang MALU?..aku jugak. Terus tak nak keluar rumah seminggu tahu. Tak pun, aku terus berubah pakai purdah. Siapa tahu? Hehehe~

Ok. Aku tahu takkan ada sapa yang akan ucapkan pada aku, jadi, nak cakap pada diri sendiri. "Selamat Berblogging". *kesiannya*


*btw, aku minat sangat REMY ISHAK ni*
=D

Oh ya..kepada blogger. Saya budak baru. Jadi, tolonglaahh ajar saya macam mana nak dapat background yang cantik serba serbi. T.T