Sabtu, 8 Februari 2014

Catatan datang dari H.A.T.I

Err. Okay. Baru perasan yang dah lama gila tak jenguk blog ni. Last update bulan April. Jelas aku ni yang malas or hidup aku dilanda kesibukan. =.=

Dah lama sebenarnya hendak cakap pasal Hati ni. Maksudnya pasal perasaan. Ecehh. Ini semua sebab jam dah pukul 1 pagi dan bila belek assignment mengantuk pulak. Terberangan sekejap. Fikir balik orang yang datang dan pergi dalam hidup ni. Yang betul-betul kawan. Yang singgah sekejap. Ada jugak yang buat aku sedar tentang perangai sendiri. Jadi, TERIMA KASIH kepada awak semua.





Bila duduk sorang-sorang ni, terfikir pasal diri. Pasal orang sekeliling. Kebanyakan kawan-kawan semua dah ada cop mohor dah. Tinggal nak jadi hak milik je. Hehe. Ada jugak yang baru lepas putus. Tak kesampaian nak menyambung impian. Nak buat macam mana. Takdir tuhan kan?

" Manusia memang akan jatuh langgar  lubang dulu sebelum berjalan dengan lebih berhati-hati." - c/p

Macam aku, bila congak balik, tolak campur bahagi semua ada la dalam 5 tahun hidup "sorang-sorang". Bukan tak pernah jatuh hati, tapi selalunya dia dah berpunya. Tak nak la kacau kan sebab prinsip aku dalam bab ber"kawan" ni

" Kalau kita tak nak orang kacau kita punya, kita JANGAN kacau orang punya." 

Ok. Realiti memang seronok hidup sorang-sorang ni. Kawan dengan siapa-siapa pun tak pa. Tak payah fikir pasal perasaan orang lain. Pasal hati dia tapi HAKIKATNYA, bila dah orang keliling kau semuanya dah ada cop mohor, serius kau akan rasa macam nak ada je. Macam nak je.

Kadang-kadang bila tanya diri aku, aku okay je sorang-sorang. Tapi, kalau dah orang keliling lagi-lagi emak asyik tanya, takut jugak ni. Takut tak ada orang hendak.* err..macam tipu la kan. Hihihi* Tapi kadang-kadang, risau jugak. Lagi risau, bila kawan-kawan dah buat ayat macam ni

" Jemputla datang kenduri kahwin"

" Aku nak tunang dah. Datangla"

Weyh, korang yang kahwin awal or aku yang tak perasan kita makin besar. Sobs sobs sobs.

TAPI, bila aku berfikir  secara rasional, dan cakap dekat diri sendiri

" Hey fatin, kau baru 22 kot. Rileks la"

Aku jadi ok balik. Hati tak tetapkan? Nak buat macam mana. Hati ni memang satu benda yang halus. Boleh berubah. Hehehe.

Selalu pesan dekat kawan aku yang still lagi bujang betul-betul

" Jangan risau. Selagi aku tak de siapa-siapa, kau tak payahla risau tak de orang nak"

Nampak tak? Err..aku yang risau sebenarnya. Tapi tak pe. Bab-bab macam ni tak boleh nak gelojoh orang kata. Kengkawan, perlahan-lahan cari "soulmate" tu. Takut nanti kalau tersilap orang, jatuh tersadung nanti.
=)

p/s : cakap dengan cermin sebenarnya. -_-









Jumaat, 8 November 2013

How to MOVE ON?


Move on. Hari tu, tiba-tiba ada rakan seuniversiti aku tanya aku soalan ni

"How to MOVE ON?'

Ini semua mungkin sebab aku galak sangat share gambar pasal move on. Cakap pasal pandang ke depan la. Itu la. Ini la. Konon-konon dah move on la sangat kan. Hakikatnya, bila orang tanya kita, sebenarnya kita tak move on pon lagi-lagi bila kita lihat balik diri kita, kita still lagi ada dekat tempat tu. Ada lagi rasa tu.

Mulut. Tindakan. Memang kata kita dah move on. Malangnya, selagi kita ada dekat situ, dekat dalam rasa itu, kita tak pergi mana pun. Tak move on.

Nak tahu CARA nak move on macam mana? Lagi-lagi bila bab HATI?

MASA. MASA. MASA.

Ini je satu-satunya cara yang dapat bantu kita move on. Diri pon kena kuat semangat sikitla. Kalau semangat nak move on tu tak de, sampai bila-bila la awak terkurung dalam RASA tu. Macam mana nak lalui?

Just ENJOY your life. Appreciate what you have. Simple as that.

Orang kata, cakap memang senang. Hey, saya pon pernah struggle. I'm dying inside. =(

Iya. Sekarang hidup jadi bertambah baik. Seriously. Dah mula terima hakikat & mula melupakan. Mula rasa nak bagi peluang kepada mereka yang sepatutnya. Trust me. Nak melalui, memang sakit but at the end, awak akan dapat BAHAGIA.

=)




p/s: Lama tak update blog. InsyaAllah. Lepas ini, akan jadi lebih rajin.

^.^


Isnin, 29 April 2013

Jom Jalan S.A.B.A.H !




Assalamualaikum...waaahhh, lamanya tak tulis blog. Sejak masuk sem ni, asyik busy memanjang. Ni pon curi2 tulis. Stress punya pasal. Terus bukak blog orang and decide nak tulis blog sendiri.

Selain busy dengan kuliah, assignment, tutorial dan kerja2 yang tak berfaedah yang lain, sem ni hidup aku didatangi dengan satu lagi pengalaman baru. Mungkin bagi setengah orang, biasa je. Tapi bagi aku, luar biasa ok. Aku join satu program , namanya JOM JALAN SABAH!


* =)*


First reason aku join program ni sebab aku nak merasa naik flight. Seumur hidup 22 tahun, tak pernah lagi naik flight. Takat tengok kapal terbang dari bawah je. T.T Jadi, pujuk roomate, ajak dia pergi sekali.

Sebab lain, teringin kononya nak pergi holiday dengan roomate and kawan-kawan yang lain. Bila lagi kan? Tengah ada peluang ni. Baik ambik cepat2.

Tambang pergi sana termasuk flight pergi balik dalam RM 549 kot. kot. Termasuk penginapan semua. Aku pon dah lupa sebab aku malas nak fikir hal2 duit ni. Bayar je sebab hati memang terSANGATlah nak pergi. Jadi, bab duit ni malas nak berkira. Stay dekat Sabah dalam masa seminggu.

Banyak betul tempat yang aku pergi and yang paling penting buat something yang aku TAK PERNAH buat. Ya Allah, bila ingat balik pengalaman tu, sangat SERONOK. Rasa nak pergi jumpa doraemon, nak pinjam pintu dia yang warna pink tu, then pergi SABAH balik. Seronok weyh.

Tak pelah. Tak nak bebel banyak2. Nak jamu diri sendiri dengan gambar yang dah ditangkap.


*Sabah*

*Malam Pertama*
*Jalan2 dekat kawasan K.K*



*Gaya Street*
*Pemandangan dari Signal Hill*
*Sangat Cantik*

*Gasing style orang sana*


           *Kami lepas shopping*


* Yang ini window shopping sebab dekat Penang pun ada*

* Signal Hill*






*Signal Hill*


Ok. Nak sambung buat assignment. Nanti sambung lagi. =D

P/s : gambar ni semua ambik dari kamera orang. Kamera sendiri tertinggal dekat rumah. T.T

Sabtu, 9 Mac 2013

Bila PENAMPILAN DIRI tak melambangkan PERIBADI

Assalamualaikum..

Lama gila aku tak update blog. Update pon sebab ada orang tanya, tak tulis blog ke. Cewaahh...feeling hot la sangat kan? =.=". Bukan tak nak conteng2 kat sini dah, tapi sebab dah start study ni. Rasa malas + penat dengan keadaan sekarang. Kelas bersepah2. Nak layan running man lagi. =D

Tengok balik pada tajuk tu, aku memang dah lama nak cakap pasal benda ni. Dah banyak sangat yang aku nampak. Ada individu tu, penampilannya LANGSUNG TAK menggambarkan diri dia. Bukan nak mengata ke tapi ada SESETENGAH individu berpewatakan alim secara luaran, tapi perangai langsung tak menggambarkan penampilan mereka. Ohh..korang tahu tak korang bawak imej agama kita?..jadi, apa bezanya anda yang berpenampilan sopan tapi perangai tak cantik DENGAN mereka yang berpenampilan TAK sopan tapi perangai CANTIK?



*Peace!*

Haa..aku ada satu member ni. Nama dia Jong Kook (bukan nama sebenar ). Dulu, time sekolah, dia baik sangat taw. Kiranya, dalam banyak2 kawan aku, dia la yang paling ALIM. Malangnya, lepas dah abis sekolah, perangai dia terus berubah. Alim tu still lagi, tapi cara bahasa dia. Ya Allah, tuhan je tahu macam mana. Aku geleng kepala je bila tiap kali baca tulisan dia. Pernah aritu, aku tengok dia tegur perempuan yang tak tutup aurat. Bahasa dia, masyaAllah. Macam budak tak sekolah. Kasar tak payah cakap la. Macam tu ke cara kita nak ubah & didik orang?..apa la salahnya kau cakap sopan2. Orang pun sejuk hati taw. Nak menasihatkan orang ni, ada caranya. Bukan cara maki hamun macam tu. Silap hari bulan orang bagi penampaq ja. Dari sini pun, tak de bezanya kau dengan dia. Yang beza, cuma penampilan.Sebagai kawan kau, aku hanya mampu doa dari jauh supaya kau cepat2 sedar diri. =)

Secara kesimpulannya, zaman sekarang ni kan, memang payah sangat nak jumpa orang yang betul2 baik serba serbi. Ada yang bertudung litup, tapi bahasa kasar dan menyakitkan hati. Ada yang baik tu, ok laa. Tapi yang tak baik tu macam mana?.. Jadi, sebelum BUAT or CAKAP sesuatu benda, pikir dulu apa pandangan orang pada kita bila kita buat sesuatu.

Jadi, tanyalah diri. Tepuk dada tu!


                                               



Isnin, 4 Februari 2013

Bila NAFSU kuasai diri.

Orang selalu cakap, perempuan ada 1 akal, 9 nafsu. Lelaki pulak ada 9 akal, 1 nafsu. Sebab tu talak dekat tangan lelaki. Mungkin sebab perempuan susah nak fikir dengan betul kot. Mungkin.

Betul la kot. Kadang2, kalau nak beli barang, aku mana pikir pon. Terus rembat je. Rasa lawa, aku terus nak beli. Macam sem lepas, memang jarang keluar pegi shopping, tapi sejak ada online shopping, haa..terus order. Bank in duit. Lagi2 musim orang tengah gila PEPLUM. Aku terus beli 2 set peplum yang sekiranya di totalkan dekat RM 200 or mungkin lebih. =.=".

*amik dari google*
*jovian mandagie punya*


* Salah satu set peplum yang aku beli*
Bukan takat peplum je kot aku beli, macam2 laa..tu tak kira lagi bab makan sebab aku memang tersangatlah cerewet bab makan ni. Nak sedap je. Tak layan nasi goreng kosong. HAHAHAHA. Belum masuk lagi pesta penang, jalan2 pegi queensbay la, komtar la. Memang macam air terjun duit ni mengalir. Bila balik, kira2 bil, baru rasa menyesal.

Tapi, setakat ni, alhamdulillah. Lately tengah cuba berjimat cermat. Duit bukan senang nak cari. Kalau ikutkan, ikut nafsu yang menggila ni,semua benda aku nak beli. Lagi2 benda yang aku idam tapi tak pernah dapat. Dulu, time kecik2, nak sangat merasa perfume mahal. Apala rasanya kan, tapi bila dah beli, biasa je. Mungkin aura mahal dia tu kot yang buat orang rasa lain. 

*1st perfume yang aku beli. Lepas beberapa tahun baru dapat*


* Perfume ni pon beli jugak, tapi mak bagi la*
=D
*Memang teringin sangat dari form 3. Finally*

Itu antara benda2 yang bagi aku agak "mahal", yang aku tak mampu nak beli, tapi dah dapat pakai sekarang. Bila dah pakai, dah rasa, biasa2 je sebenarnya. Bila fikir balik, macam membazir sangat. Tapi, sebab dah memang teringin, nak buat macam mana. Macam aku cakap, aku ni jenis main beli je. Malas nak pikir panjang. Rasanya, tu je kot benda "mahal" yang aku beli. lepas ni nak STOP! Lagipun, aku ni bukannya anak orang kaya. Tak mampu nak beli tu semua.="(. Lepas ni, nak tunggu hantaran kahwin jelaa...=D


p/s : ayat pensyarah aku ni sampai bila2 aku ingat. sebab kadang2 memang betul pun. We as human memang kadang2 leka dengan dunia. Macam aku ni. =.="


" Perasaan kita bila kita naik kereta KANCIL beza bila kita naik MERCEDES."

cc: Dr Zakaria


Ahad, 3 Februari 2013

Diari Mat Despatch : BUKAN untuk budak sekolah je!

*Buku no satu*

Ini antara buku yang jadi koleksi and FAVOURITE aku. Malas nak tangkap gambar, so, aku just google cari cover dia jela. Terus-terang cakap, kalau orang yang dah konon matang, mesti ingat aku ni macam budak-budak sebab baca buku macam ni. Hello, buku ni bukan sesuai untuk budak sekolah je taw! Terus-terang cakap, sesuai jugak untuk budak yang baru nak masuk usia 20 an macam aku ni. HEHEHE~

Aku tergerak nak beli buku ni bila tengok cover and sinopsis dia. Rasa macam comel sangat. First2, aku pun ingat buku ni sesuai untuk budak2 la kan. Sebab time aku beli buku ni, waktu aku form 6. Jadi, sebab rasa dia comel, aku pon beli la. Sekali bila baca, haa..buat aku terduduk + terfikir + termenung sekejap. Ayat dia seriously buat aku sedar pasal kehidupan. Pasal benda2 yang aku tak tahu selama ni. Ayat dia, memang kadang2 menyentuh hati. Seriyess!!!. Tak tipu punya. Antara ayat yang aku ingat, lebih kurang macam ni la bunyi dia :

" Kalau ikutkan, semua orang nak pasangan yang cantik and handsome tapi bila kita dah mula fikirkan MASA DEPAN, kita takkan fikir dah semua ni."


"Kebanyakan kita tahu berkenaan sesuatu perkara tapi kita jarang tahu sebab perkara itu terjadi."

" Adakalanya kekosongan itu kita tidak tahu mahu isi dengan apa. Jadi kita cuba mengisinya dengan  melihat apa yang ada didepan kita. Cuma, itulah bahayanya. Kita hanya mengisi mata kita bukan HATI."

Nampak tak ayat dia. Macam ohsem kan?. Ada jugak apa yang ditulis dalam buku ni, aku praktikkan dekat dalam hidup aku. "Teknik Nekad Sesaat di Bilik Mayat". Nak tahu apa, kena baca buku ni dulu! =)




*Koleksi yang aku kumpul*
*Kalau nak beli online, beli dekat sini*

p/s :Oh..aku friend dengan penulis buku ni dekat FB. Seriously sangat baik orangnya! Tak sombong. Rajin like status aku. Tiap kali dia like, aku rasa macam nak lompat ke bintang!

=D







Selasa, 29 Januari 2013

Bila MUSTAHIL jadi TAK MUSTAHIL

" Aku nak sangat benda tu, tapi boleh ke aku dapat?",

 " Kau jangan berangan la weyh, dia tu enggang, kau tu pipit je."

" Belajar pun tak tinggi mana, ko tak payah mimpi la"

Iye. Itu antara kata2 yang selalu kita dengar bila kita or orang lain rasa kita tak layak and tak mampu nak dapat benda2 tu. Aku antara salah seorang darinya. Dengan apa yang jadi dalam hidup aku sekarang ni, sampai sekarang aku still tak percaya. Sangat! Rasa macam tak percaya je yang aku dah jadi student yang tengah ambik degree sekarang ni. >.<. HAHAHAHA.

Tengok pada tajuk tu, seriously sampai sekarang aku kagum dengan apa yang Allah dah aturkan untuk aku. Still wujud lagi rasa tak percaya bila aku dah mampu berdikari sendiri, duduk jauh dari mak ayah and yang penting, dah nak hampir dengan apa yang aku idam2 kan selama ni. Banyak sangat benda yang dulu aku rasa TAK MAMPU NAK CAPAI dah TERCAPAI sekarang. Antara benda yang aku rasa kagum dengan apa yang Allah dah aturkan dalam hidup aku :

1. Masuk U

Iye. Ini memang idaman semua budak sekolah kat Malaysia ni. Sapa tak nak masuk u weyh. Nak jejak menara gading tu. Aku ingat lagi, result SPM aku tak sekuat mana tapi sederhana kuat tu ye. Lepas SPM geng aku ada 2 orang yang dapat u. Waktu result upu keluar, sedih sangat. Allah je yang taw tapi aku fikir positif. Aku buat rayuan kali kedua nak masuk u. Sebab aku aim, lepas spm aku HARUS masuk u or matriks. Sebabnya juga aku nak pastikan aku dapat ijazah paling lewat umur aku 25 tahun. Jadi, bila result rayuan keluar, aku check pakai sms. Time lepas semayang aku ingat lagi, bila result rayuan cakap aku TAK DITERIMA, aku terus sujud dekat sejadah sambil nangis. Korang boleh bayangkan tak perasaan aku time tu. Agak lama la aku nak terima hakikat. Then, aku decide, nak ambik form 6. Time form 6 ni la macam2 dugaan. Time tu la aku dapat tawaran dari Kolej Matrikulasi dekat Penang n dari SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Tapi aku terpaksa tolak. Sebab dah separuh jalan dekat form 6. Yang penting, otak aku memang tak boleh terima la subjek sains ni. Tak tahu kenapa. Sedih kot. Sebab aku pernah bercita2 untuk join bidang FARMASI ni tapi aku sedar diri. ='). Akhirnya, dengan usaha yang gigih dan pengalaman masa lampau, result STPM aku bolehlaa. Bolehlaa lepas kot aku nak masuk u. And tuhan mungkin nampak usaha aku, akhirnya aku dapat masuk sini dalam bidang ekonomi. =)

*Aku sebenarnya nak UM*
=D

2. Biasiswa

Ok. Yang ini aku tak de niat nak menunjuk ke apa. Seriously tak terlintas pun. Cuma nak korang nampak kuasa tuhan. Memandangkan result STPM aku agak ok, jadi, aku pun apply la biasiswa. Apply saja2 je sebenarnya sebab aku bukan dapat straight A pon. Sebut pasal biasiswa ni, mak aku ada suruh aku apply BIASISWA ANAK PERAK tapi malangnya, time tu aku galak sangat dengan FB sampai terlupa and tarikh permohonan pon dah tutup. Time tu aku mampu telan air liur jela. Mak aku macam biasa. BISING. Huhuhu. Jadi sebagai pengubatnya, aku pon apply BIASISWA JPA. Time ni, aku saja je apply and seriously memang TAK HARAP NAK DAPAT pun. Sebab bagi aku, biasiswa ni khas untuk orang yang genius gila. Aku cakap sebab kebanyakan kawan aku yang dapat JPA semuanya student medic. Aku ni apa la sangat kan. So, bila hari keputusan biasiswa ni, aku dah masuk U dah. Time tu, aku dengan roomate n lagi sorang kawan kitaorang. Masing2 apply. Diorang pon takut nak check. Aku pon takut jugak. Tapi, tak takut sangat sebab aku tak menaruh harapan pun dekat biasiswa ni. Jadi, aku la orang 1st yang check result. Bila aku tekan "enter" and nampak perkataan "TAHNIAH" , aku terus menjerit kuat2 sampai satu bangunan boleh dengar. Mungkin muka aku macam ni jugak kot.HAHAHAHA.

*Yeaaaahhhh*
Seriously, memang tak percaya langsung. Aku terus call mak n ayah. Allah je tahu perasaan aku time tu. Yela, bila benda yang kita expect kita memang tak akan dapat, tiba2 tuhan bagi. Allah, tak tahu laa aku nak describe rasa tu macam mana.

Jadi, kesimpulannya, dalam hidup ni tak de apa yang MUSTAHIL. Semuanya boleh jadi TAK MUSTAHIL kalau kita usaha. Yang penting SABAR. Allah nak tengok sejauh mana kita SABAR n terima ujian dia. Kalau kita berjaya dengan ujian kesabaran, Allah akan gantikan dengan benda yang paling best ok!
Macam aku, selalu je kena reject, tapi aku percaya, satu hari nanti Allah akan bagi suami yang aku pun tak sangka aku akan dapat. Who knows? Sebab HIDUP KITA, ALLAH YANG URUSKAN. =)

*Tengok2 Allah bagi aku suami yang hensem macam ni*
*Hari2 pengsan ok bila tengok mata dia*
HAHAHAHAHA