Isnin, 4 Februari 2013

Bila NAFSU kuasai diri.

Orang selalu cakap, perempuan ada 1 akal, 9 nafsu. Lelaki pulak ada 9 akal, 1 nafsu. Sebab tu talak dekat tangan lelaki. Mungkin sebab perempuan susah nak fikir dengan betul kot. Mungkin.

Betul la kot. Kadang2, kalau nak beli barang, aku mana pikir pon. Terus rembat je. Rasa lawa, aku terus nak beli. Macam sem lepas, memang jarang keluar pegi shopping, tapi sejak ada online shopping, haa..terus order. Bank in duit. Lagi2 musim orang tengah gila PEPLUM. Aku terus beli 2 set peplum yang sekiranya di totalkan dekat RM 200 or mungkin lebih. =.=".

*amik dari google*
*jovian mandagie punya*


* Salah satu set peplum yang aku beli*
Bukan takat peplum je kot aku beli, macam2 laa..tu tak kira lagi bab makan sebab aku memang tersangatlah cerewet bab makan ni. Nak sedap je. Tak layan nasi goreng kosong. HAHAHAHA. Belum masuk lagi pesta penang, jalan2 pegi queensbay la, komtar la. Memang macam air terjun duit ni mengalir. Bila balik, kira2 bil, baru rasa menyesal.

Tapi, setakat ni, alhamdulillah. Lately tengah cuba berjimat cermat. Duit bukan senang nak cari. Kalau ikutkan, ikut nafsu yang menggila ni,semua benda aku nak beli. Lagi2 benda yang aku idam tapi tak pernah dapat. Dulu, time kecik2, nak sangat merasa perfume mahal. Apala rasanya kan, tapi bila dah beli, biasa je. Mungkin aura mahal dia tu kot yang buat orang rasa lain. 

*1st perfume yang aku beli. Lepas beberapa tahun baru dapat*


* Perfume ni pon beli jugak, tapi mak bagi la*
=D
*Memang teringin sangat dari form 3. Finally*

Itu antara benda2 yang bagi aku agak "mahal", yang aku tak mampu nak beli, tapi dah dapat pakai sekarang. Bila dah pakai, dah rasa, biasa2 je sebenarnya. Bila fikir balik, macam membazir sangat. Tapi, sebab dah memang teringin, nak buat macam mana. Macam aku cakap, aku ni jenis main beli je. Malas nak pikir panjang. Rasanya, tu je kot benda "mahal" yang aku beli. lepas ni nak STOP! Lagipun, aku ni bukannya anak orang kaya. Tak mampu nak beli tu semua.="(. Lepas ni, nak tunggu hantaran kahwin jelaa...=D


p/s : ayat pensyarah aku ni sampai bila2 aku ingat. sebab kadang2 memang betul pun. We as human memang kadang2 leka dengan dunia. Macam aku ni. =.="


" Perasaan kita bila kita naik kereta KANCIL beza bila kita naik MERCEDES."

cc: Dr Zakaria


Tiada ulasan:

Catat Ulasan