Ahad, 3 Februari 2013

Diari Mat Despatch : BUKAN untuk budak sekolah je!

*Buku no satu*

Ini antara buku yang jadi koleksi and FAVOURITE aku. Malas nak tangkap gambar, so, aku just google cari cover dia jela. Terus-terang cakap, kalau orang yang dah konon matang, mesti ingat aku ni macam budak-budak sebab baca buku macam ni. Hello, buku ni bukan sesuai untuk budak sekolah je taw! Terus-terang cakap, sesuai jugak untuk budak yang baru nak masuk usia 20 an macam aku ni. HEHEHE~

Aku tergerak nak beli buku ni bila tengok cover and sinopsis dia. Rasa macam comel sangat. First2, aku pun ingat buku ni sesuai untuk budak2 la kan. Sebab time aku beli buku ni, waktu aku form 6. Jadi, sebab rasa dia comel, aku pon beli la. Sekali bila baca, haa..buat aku terduduk + terfikir + termenung sekejap. Ayat dia seriously buat aku sedar pasal kehidupan. Pasal benda2 yang aku tak tahu selama ni. Ayat dia, memang kadang2 menyentuh hati. Seriyess!!!. Tak tipu punya. Antara ayat yang aku ingat, lebih kurang macam ni la bunyi dia :

" Kalau ikutkan, semua orang nak pasangan yang cantik and handsome tapi bila kita dah mula fikirkan MASA DEPAN, kita takkan fikir dah semua ni."


"Kebanyakan kita tahu berkenaan sesuatu perkara tapi kita jarang tahu sebab perkara itu terjadi."

" Adakalanya kekosongan itu kita tidak tahu mahu isi dengan apa. Jadi kita cuba mengisinya dengan  melihat apa yang ada didepan kita. Cuma, itulah bahayanya. Kita hanya mengisi mata kita bukan HATI."

Nampak tak ayat dia. Macam ohsem kan?. Ada jugak apa yang ditulis dalam buku ni, aku praktikkan dekat dalam hidup aku. "Teknik Nekad Sesaat di Bilik Mayat". Nak tahu apa, kena baca buku ni dulu! =)




*Koleksi yang aku kumpul*
*Kalau nak beli online, beli dekat sini*

p/s :Oh..aku friend dengan penulis buku ni dekat FB. Seriously sangat baik orangnya! Tak sombong. Rajin like status aku. Tiap kali dia like, aku rasa macam nak lompat ke bintang!

=D







Tiada ulasan:

Catat Ulasan