Iye. Demam korea. Mula-mula dulu demam drama indon. Sekarang Kpop la pulak. Aku bukannya peminat tegar korea pon. Seriously, tak minat langsung. Walaupun kawan-kawan aku majoritinya layan Kpop, memang taklaa aku nak layan. So, bila diorang cerita pasal Kpop, aku hanya mampu duduk diam je.
 |
| *Apala yang korang sembang ni.Curious* |
Haa..macam tu la aku bila mereka sembang pasal Kpop semua. Tapi, buat masa ni, aku dah boleh layan la. Boleh terima. Sejak masuk U, sejak kenal dengan roomate aku, aku dah mula kenal satu program ni.
 |
| *variety show yang buat aku gelak macam orang gila* |
Running Man. First2 tu, aku pelik kenapa laa roomate aku ni gelak besar macam cerita tu lawak sangat. Hati ni curious sangat nak taw. Tanya-tanya dia, last-last, aku sangkut jugak. Dah macam ketagih nak tengok program ni. Sampaikan, boleh kata tiap kali lepas exam, aktiviti wajib adalah menonton Running Man sampai pukul 4 pagi. =.=". So, dari sini la aku mula taw lagu korea. Kan dia ada selit-selit lagu. Mana yang best, terus download cepat-cepat.
Aku sebenarnya tak taw sangat lagu korea ni. Kalau tahu pun, takat layan yang famous macam SUJU, BIGBANG,SNSD tapi, sekarang dah bertambah sikit la. Sikit-sikit sebab hati ni tak boleh nak terima sepenuhnya. HAHAHA. Jadi tahu pun pasal budak lelaki kat bawah
ni.
Iye. Aku tiba-tiba minat INFINITE sebab ter"google" dekat youtube pasal dia. Yela. Sebab rasanya, dia ni macam ahli baru ( VIP) je. So, nak jugak la tahu kan? Terjatuh suka dekat INFINITE sebab tengok dia menari lagu ni.Jadi, sekarang ni, boleh cakap dah tahu lagu INFINITE la sikit-sikit. Be mine, BTD n lain-lain la. Tapi, hati still dekat lagu melayu lagi.
Aku takdela obses or ketagih sangat dengan Kpop. Setakat layan-layan macam tu, bolehlaa. Wahai artis-artis Malaysia, jangan risau. Saya masih meminati anda semua. =D
sama la,,,boleh gelak golek2 tengok running man..huhu
BalasPadam