Sabtu, 26 Januari 2013

Gila Novel

Kalau dah namanya perempuan, mesti pernah terbaca at least satu novel. AT LEAST ok?. Macam tipulah kalau tak pernah baca. Macam aku, aku memang gila novel. SANGAT!. Rasanya dah lebih 30 buah buku novel yang aku dah baca. First novel yang aku baca tajuk dia "Tombiruo Terakhir" by Ramlee Awang Murshid.



*Banyak suspen dalam ni*
=.="

Lepas baca novel ni, banyak la novel yang aku pinjam dari kawan-kawan. Time tu sekolah lagi. Mak mana bagi beli novel. Katanya tak da faedah. Jadi antara novel yang aku baca banyak dari alaf 21. Dari Aisya Sofea, Anis Ayuni. Tu jela yang aku ingat.



*antara novel yang dah penah baca*
*SERIOUSLY BEST!*
Lepas tu, bila aku dapat taw yang ada syarikat lain terbitkan novel and jalan cerita dia pon tak heavy sangat. So, aku pon beralih arah ke novel terbitan Kaki Novel. Antara yang aku pernah baca

*First Novel Dari KN*
* Tertarik sebab cover dia comel sangat*


*Ini kawan yang hadiahkan*

Lepas tu, lepas dah besar-besar ni. Aku lagi suka cari novel yang buat aku sedar pasal dunia ni. Pasal kehidupan seharian kita. Yang lain dari yang lain. So, tanya-tanya kawan, survey dekat internet, tertarik la dekat novel terbitan JS. Memang novel dia lain dari yang lain. Try la baca satu.



*Novel yang aku tengah baca sekarang*
Jadi, untuk korang yang terbaca blog ni, semua novel best. Tapi, kalau dah terlalu banyak baca novel macam aku, korang dah boleh predict ending dia macam mana. So, macam tak seronok la kan? Bukan nak promote ke apa, tapi kalau korang nak cari kelainan bolehlaa baca novel dari JS. Nak order online bolehla order kat SINI. Siap ada diskaun lagi ok?






Tiada ulasan:

Catat Ulasan